AGP Picks
View all

Kaya kalsium, permeat whey membantu meningkatkan kesihatan tulang wanita pascamenopaus, menurut kajian

COPENHAGEN, Denmark, Oct. 21, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Pengambilan suplemen permeat whey kaya kalsium dua kali sehari membantu mengekalkan ketumpatan mineral tulang dalam kalangan wanita pascamenopaus, menurut satu kajian klinikal selama 12 bulan.[1] Penurunan paras estrogen semasa menopaus boleh mempercepatkan kehilangan tulang serta mengurangkan ketumpatan mineral tulang, sekali gus meningkatkan risiko osteoporosis.

Penemuan ini diperoleh menerusi projek RENEW, iaitu kerjasama penyelidikan yang mengkaji cara permeat kaya kalsium daripada penghasilan whey boleh dimanfaatkan sebagai ramuan makanan bioaktif untuk membantu mengatasi kehilangan tulang dalam kalangan wanita pascamenopaus.

Seramai 316 wanita menyelesaikan kajian tersebut. Peserta menerima sama ada plasebo atau 800 mg kalsium sehari, sama ada daripada kalsium karbonat atau permeat whey kaya kalsium (dengan atau tanpa inulin), yang dibahagikan kepada dua dos harian. Semua peserta turut menerima vitamin D, yang membantu mengekalkan kesihatan tulang.

Selepas 12 bulan, ketumpatan mineral tulang dapat dikekalkan dalam kalangan wanita yang menerima permeat whey kaya kalsium (n=78), manakala ketumpatan mineral tulang dalam kumpulan plasebo (n=75) pula menurun. Penanda pembentukan dan penyerapan semula tulang dalam darah turut menunjukkan bahawa kadar kehilangan tulang berkurang dengan jelas menjelang bulan ketiga. Penambahan inulin tidak memberikan manfaat tambahan kepada kesihatan tulang.

Kajian ini menggunakan Capolac®, ramuan berasaskan susu yang kaya kalsium, serta Variolac®, ramuan berasaskan laktosa, keluaran Arla Foods Ingredients.

Simon Bøge Riis, Ahli Sains Pemakanan (PhD) di Arla Foods Ingredients, berkata: “Kira-kira seorang daripada lima individu warga emas di seluruh dunia menghidap osteoporosis. Keadaan ini amat lazim, terutamanya dalam kalangan wanita pascamenopaus dan di seluruh Asia, sekali gus menekankan keperluan strategi pemakanan yang berkesan serta potensi permeat whey kaya kalsium untuk menyokong kesihatan tulang.”

Pemanfaatan permeat whey kaya kalsium dapat menyokong pengeluaran whey yang lebih cekap dan mampan, di samping mewujudkan peluang untuk pembangunan format makanan yang inovatif.

Arla Foods Ingredients sedang membangunkan bar buah kering kaya kalsium yang memberikan 265 mg kalsium dalam setiap 10 g hidangan. Format yang praktikal ini boleh disesuaikan mengikut cita rasa serantau dan menggabungkan penyelesaian yang membantu mengurangkan pembaziran buah-buahan, sekali gus menyokong pendekatan kitaran tertutup dalam pengeluaran makanan.

Riis menambah: “Ramuan berasaskan susu yang kaya kalsium dan mampu milik berpotensi membantu menangani kekurangan kalsium, terutamanya di negara membangun, selain menyokong penyelesaian makanan untuk mengatasi pelbagai kekurangan nutrien.”

Perihal projek tersebut

Kajian RENEW, yang dijalankan di Denmark dan dibiayai oleh Innovation Fund Denmark, merupakan kerjasama antara Arla Foods Ingredients dan institusi akademik terkemuka. Projek ini bertujuan membangunkan ramuan yang menggabungkan kalsium susu, permeat whey kaya laktosa dan inulin, yang berpotensi membantu penyerapan kalsium.

Penyelidikan tersebut boleh diakses di: https://ajcn.nutrition.org/article/S0002-9165(26)00148-6/abstract

Rujukan:
[1] Tetens I, et al. Am J Clin Nutr. 2026;101339.

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/159c772f-074c-414e-82a5-29c16ac79610


Hubungi: sys@ispiderpr.com

Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Uzbekistan Industry Times

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.